keIndahan terlaksana

keIndahan terlaksana

Tuesday, September 21, 2010

syurga cinta

Jika ada seseorang yang mencintai ku, biarlah cinta itu kepada Allah s.w.t

Jika ada seseorang yang kasihkan aku, biarlah kasih itu kepada Muhammad a.s

Jika ada seseorang yang merindui ku, biarlah rindu itu kepada kedua ibu bapa...

Ya Allah...kurniakanlah seseorang yang mencintaiMu agar aku lebih dekat dan lebih mencintaiMu..


Kebetulan tonton cerita syurga cinta 6.30ptg tv3 semalam...Tersentuh rasanya bila mana ustaz muda dalam cerita itu keluarkan skrip atas ini. Sekadar perkongsian dan renungan.. =)

Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDIL FITRI YANG INDAH INI



MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEMOGA IBADAH KITA DIBERKATI-NYA

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan hiba..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya

Al-Fatihah untuk isteri kepada pakcikku yang telah meninggal dunia sehari sebelum kita menyambut Ramadhan.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Memang sungguh tidak dijangka pemergiannya kerana jangka sakitnya terlalu pantas, sekelip mata dia sudah tiada.Namun segala-galanya telah di atur oleh Allah s.w.t. dengan penuh ketelitianNya. Setiap yang berlaku amatlah dirancang olehNya.

Bulan Ramadhan ini bakal kepenghujunganya.Masih kah kita tercari-cari dengan Lailatur Qadr?Apakah kita mampu untuk menemui malam seribu kebesaran itu?MasyAllah...segala-galanya telah di atur olehNya.

Namun hati ini masih belum menemui apakah kecantikan Ramadhan itu.Apakah diri ini lembap?Apakah diri ini masih ragu-ragu?
Ya Allah...merasa ruginya apabila bibit-bibit Ramadhan ini bakal berakhir.Bakal meninggalkan diri ini yang masih mencari-cari, yang masih tidak tahu arah tuju.

Hati ini bercita-cita tinggi untuk memuhasabahkan diri pada Ramadhan ini, namun jelas nyata tatkala masih ada kesan hitaman syaitan dalam diri ini yang masih tidak mampu untuk dikikis walaupun telah dicubai.
Yang pasti kita teruskan nekad serta usaha walaupun kadang kadang tersandung jua.

Ramadhan ini, diharapkan agar diberkati segala ibadah walaupun tidak sehebat wali dan setinggi langit.Semoga Allah menerima cintaku ini yang masih baru dna mentah ini.

InsyAllah..

Sunday, July 25, 2010

Assalammalaikum....

Tiada kata yang dapat di perkatakan di sini..kerana saya masih buntu....masih kekurangan pemikiran yang mampu dan dapat saya fikirkan untuk saya terjemahkan disini..
Masih meratap kehidupan ini yang perlu saya merangkak kehadapan..

Ya Allah...Ya Rahman...bantulah hambuMu yang lemah ini...

Thursday, July 1, 2010

Secawan teh tarik, sekeping roti jala...


Assalammualaikum.....

Pagi yang indah, tidak terkata...pagi Jumaat ketua segala hari...Pagi yang penuh indah, pagi yang penuh barakah.
Setiap kali hari Khamis, akan dipastikan pulang awal setelah penat lelah bekerja. Menanti kan malam yang penuh barakah untuk kita bertahajjud serta mendekatkan diri kepada Allah.Bacaan Yassin yang selalu kedengaran selesai solat maghrib sungguh menenangkan jiwa ini. Mengambil masa untuk meneruskan bacaan Al-Quran, bagi menyucikan jiwa ini yang tidak pernah bersih malah sentiasa mengharapkan agar di sucikan hati ini yang masih hitam..
MasyAllah...menitik airmata ciptaan-Nya ini ketika bait-bait ayat suci ini di baca.Terharu,terkedu,tersentap akan pemberianNya yang tidak disedari. Kudrat masih ada diberinya untuk melakukan solat serta ibadah ini, tanpa rasa sakit atau susah.Masih Allah sayang akan diri ini. Masih kita mampu untuk mendekatkan diri ini..
Bila terjaga di pagi yang indah ini, sungguh terharu akan keberkatanNya..Aku masih mampu untuk mencari rezeki yang Halal...
Pagi ini juga aku menitik air mata melihat keIndahan ciptaan langit-Nya. Kehebatan Maha Agung yang menenangkan jiwa ini dikala merenung ke langit..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Sami`, Ya Mujib.....Sesungguhnya janganlah Engkau melekangkan aku dari-Mu Ya Allah...Sesungguhnya dekatkanlah aku pada-Mu dan berikan la aku kekuatan dalam menjadi hamba-Mu yang sentiasa terleka dari-Mu..Aku bersyukur kerana pagi ini masih dapat aku menikmati secawan teh tarik dan roti jala yang menjadi kegemaranku..Ya Allah...Sesungguhnya Engkaula Maha Pengasih dan Maha Penyayang..




Tuesday, June 8, 2010

Tahajudd vs World Cup (waka waka)

Assalammualaikum...


Tanggal 11 Jun 2010 ini, sejarah akan tercipta di Africa Selatan...

World Cup akan berlansung dengan penuh bersejarahnya..dalam keadaaan dunia yang sedang berada di kemuncak peperangan atau dalam erti kata lain, kepincangan yang masih tiada penghujung oleh puak Zionis dengan kekecaman mereka terhadap Palestin. Ketepikan seketika puak yang masih diberi peluang untuk bertaubat itu..






Tidak sabar rasanya untuk menonton World Cup ini...kepuasan apabila si pemain membuat jaringan terutama di saat-saat akhir perlawanan. Di tambahkan pula sorakkan yang bergema.


Keseronokkan sentiasa berada di dalam hati kita ketika itu.Kali ini waktu perlawanannya tidaklah selewat mana, tapi masih ada perlawanan yang bakal di adakan pada waktu 2.30pagi.





Apa yang tersinggah di fikiran ini, adalah berkaitan dengan diri kita sendiri sebagai seorang muslim. Persoalannya adalah :-


Mengapa kita sanggup berjaga lewat malam semata-mata hanya untuk menonton perlawanan bola sepak?


Mengapa kita tidak sanggup berjaga lewat malam untuk bertahajjud kepada Allah?





Kita sanggup berjaga sehingga lewat malam, hanya untuk menonton sebiji bola yang dikejar beramai-ramai, atau mungkin ada yang bertaruh berjudi untuk mendapat wang haram. Apakah ada keberkatan yang bakal kita terima dariNya?


Sedangkan Allah telah menjanjikan pelbagai kenikmatan dan keberkatan hasil dari tahajjud sekiranya kita melaksanakannya.


Berikut adalah formula yang boleh kita cuba sendiri.





Formula (1)


Bermula 11 Jun 2010 ini:


Langkah pertama:-


~ Sila pasang jam loceng anda untuk bangun 2.30pagi


~Tonton perlawanan sehingga akhir waktu





Langkah kedua:-


~Ulang langkah pertama untuk 7 malam berturut-turut tanpa henti.





Kebarangkalian hasilnya :-


~Anda mungkin merasa seronok kerana dapat menonton semua perlawan secara lansung


atau


~Anda mungkin terjaga lewat untuk ke pejabat pada esok harinya


atau


~Anda akan merasa mengantuk ketika waktu bertugas sehingga tiada konsentrasi untuk membuatkan kerja


atau


~Anda bakal dimarahi oleh bos anda kerana terlalu ngantuk dan tidur di surau atau di bawah meja atau lebih teruk kerana tidak siap tugasan yang diberi.








Formula (2)


Langkah pertama:-
~ Sila pasang jam loceng anda untuk bangun 3.50pagi
~Tunaikan solat Tahajjud



~Ditambah dengan solat hajat ataupun solat istikharah yang mana rasa perlu dibuat.





Langkah kedua:-
~Ulang langkah pertama untuk 7 malam berturut-turut tanpa henti.






Hasilnya :-


~Segala aktiviti kita berjalan dengan lancar tanpa kita sedari sehingga kita sedar akan kenikmatannya.





nota kaki : penulis telah mencuba kedua-dua formula ini..ternyata formula (2) itu lebih seronok dan menenangkan jiwa yang sentiasa tertekan ini.





InsyAllah...jika kita ikhlas, Allah akan membantu kita..dan setiap 1/3 malam terakhir Allah akan turun dan segala doa kita bakal dimakbulkan oleh-Nya...





InsyAllah...








Monday, June 7, 2010

Pembukaan kata, pembuka fikiran...

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh....

Sebulan memikirkan..apakah perlunya dalam meluangkan masa dengan mengadakan ruangan sendiri dalam memperceritakan perkara-perkara yang sentiasa berlaku di kalangan manusia di sejagat ini. Apakah perlu adanya ruangan yang perlu ditatap oleh makhluk-makhluk alam ini untuk meneliti perihal keperibadian sendiri?
Setelah meneliti, setelah mencari, setelah menelaah, keputusan telah terkias, keputusan telah terlaksana. Pengisian ruangan ini adalah bagi mencuba mendekatkan diri ke arah yang lebih di redhai oleh-Nya. Dengan sekali gus mendapatkan keredhaan dari Ilahi ..
Semoga dengan hasil penelitian ini, maka akan mendapat keberkatan serta kekuatan dari Allah yang maha Esa maha Agung...
Semoga ditemukan lagi dengan buah fikiran yang lebih mendapat manfaat serta syafaat...Amin..